Saturday, 4 December 2021

Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)

Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 


Maksud

PPGB ialah salah satu daripada program yang menyokong pembangunan profesionalisme berterusan Guru Baharu iaitu guru yang pertama kali memasuki perkhidmatan pendidikan dan ditempatkan di sekolah.

Program ini dilaksanakan berasaskan sekolah (work-based programme) melalui bimbingan berstruktur dan meliputi 3 fasa 


Fasa-fasa PPGB

- Fasa Orientasi 

- Fasa Pementoran

- Fasa Pembangunan Profesionalisme


PPGB bermula dengan Fasa Orientasi selama tiga bulan pertama. Dalam tempoh fasa ini, Guru Baharu juga melalui Fasa Pementoran bersama-sama Guru Mentor yang dilantik khas oleh pihak sekolah untuk membimbing dan sebagai focal point Guru Mentor. Sepanjang tempoh ini juga; Guru Baharu berpeluang melalui program pembelajaran untuk membangunkan kompetensi profesional mereka. Oleh itu, ketiga-tiga fasa dalam program ini boleh berlaku secara serentak. Pusingan ini berlaku pada tahun pertama dan dijangka majoriti Guru Baharu akan melengkapkan PPGB dengan jayanya dalam tempoh ini. Sekiranya Guru Baharu memerlukan bimbingan lanjut, PPGB disambung ke tahun kedua dan tahun ketiga.


Tempoh pelaksanaan PPGB 

Antara satu (1) hingga tiga (3) tahun


***Sepanjang tempoh pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB), guru baharu hendaklah menyediakan satu portfolio


FORMAT PENYEDIAAN PORTFOLIO




BAHASA MELAYU TAHUN 5

  TEMA 2 UNIT 7 -  KELUAR DENGAN TENANGNYA TATABAHASA   KATA PEMERI ialah adalah hadir di...