Monday, 14 November 2022

BAHASA MELAYU TAHUN 5

 

TEMA 2 UNIT 4 - AWASI SI COMEL

PENULISAN

 

- Baca petikan

- Apa maklumat yang penting? Catat

- Mencatat maklumat menggunakan peta pokok




BAHASA MELAYU TAHUN 5

 
TEMA 2 UNIT 4

IBARAT MUSUH DALAM SELIMUT

PEMAHAMAN

 

NO.

PERKATAAN

MAKSUD

1

Virus

Kuman yang lebih halus daripada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit pada manusia, haiwan, atau tumbuhan.

2

Jangkitan

Kejadian (penyakit dsb), ber­jangkit.

3

Akut

Penyakit yang muncul dengan tiba-tiba, teruk keadaannya, dan agak singkat tempoh­nya.

4

Gejala

Tanda-tanda (akan terjadinya se­suatu), alamat, petanda

5

Polio

Penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman yang merosakkan urat saraf dan menjadikan penghidapnya lumpuh

6

Saraf

-       Urat

-       Urat (tisu atau saraf) yang menghubungkan otak (atau cabang-cabang darinya) dengan bahagian-bahagian lain dalam tubuh badan.

7

Kelumpuhan

-       Keadaan lumpuh

-       Kelemahan.

8

Selesema

-       Penyakit mu­dah berjangkit yang menyebabkan penghidapnya demam serta berhingus.

-       Hingus sentiasa keluar dr hidung

9

Cirit-birit

Sakit terberak-berak

10

Bersin

Keluar udara dengan tiba-tiba lagi keras dari mulut dan hidung akibat sesuatu rangsangan di saluran pernafasan

11

Gejala

Tanda-tanda (akan terjadinya se­suatu), alamat, petanda

12

Suntikan

Pemasukan ubat ke dalam badan dengan jarum, cucuk

 

 

BAHASA MELAYU TAHUN 5

 

TEMA 2 UNIT 4 - IMUNISASI

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

 

Farisha

:

Salam sejahtera, kawan-kawan. Semalam, saya menemani ibu membuat pemeriksaan kesihatan. Ketika di sana, saya menonton tayangan dokumentari tentang imunisasi.

 

Ain

:

Maaf, Farisha. Bolehkah kamu jelaskan maksud imunisasi?

 

Farisha

:

Imunisasi ialah satu proses pembentukan imuniti menerusi pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi bagi meningkatkan daya ketahanan badan terhadap penyakit

 

Ain

:

Mengapakah imunisasi penting kepada semua golongan, Farisha? Bersetujukah kamu dengan pengambilan imunisasi?

 

Farisha

:

Imunisasi penting kepada semua golongan kerana ia dapat melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan penyakit yang berbahaya seperti polio, hepatitis B dan batuk kering.

 

Iya saya bersetuju dengan pengambilan imunisasi kerana kos vaksin lebih murah daripada merawat jangkitan.

 

Vivian

:

Farisha, bolehkah kamu jelaskan yang manakah pilihan kamu, sama ada kamu akan mengambil imunisasi di hospital swasta atau kerajaan?

 

Farisha

:

Saya akan mengambil imunisasi di hospital kerajaan kerana imunisasi tersebut diberikan secara percuma.

Atau

Saya akan mengambil imunisasi di hospital swasta kerana perkhidmatan di hospital swasta lebih pantas berbanding hospital kerajaan walaupun dikenakan bayaran.

BAHASA MELAYU TAHUN 5

 

TEMA 2 UNIT 4 -TEROWONG KARPAL

TATABAHASA- KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF


KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF

kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut

TANPA PELENGKAP

BERPELENGKAP

Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut

 

Sujek + KK

-      Diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat

-      Ayat akan tergantung tanpa pelengkap

-      Tidak boleh dipasifkan

 

Subjek + kk + keterangan

 

Contoh:

1.    Cikgu Liyana ketawa (Kata kerja)

2.    Dhia sedang tidur (Kata kerja)

3.    Adik menangis (Kata kerja)

4.    Wanita tua itu bersembahyang (Kata kerja)

5.    Bayi itu merangkak (Kata kerja)

6.     

Contoh:

1.    Saya tinggal (Kata kerja)di Taman Melati (pelengkap)

2.    Keadaan datuk beransur (Kata kerja) baik (pelengkap)

3.    Zack menjadi (Kata kerja) seorang guru (pelengkap)

4.     

5.     

 

Ke hadapan abang Faris, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Tujuan adik menulis e-mel ini adalah untuk bercerita tentang kesihatan datuk. Semalam, datuk berasa kebas dan sakit di bahagian tapak tangan. Kesakitan datuk akhirnya menular ke bahagian pergelangan tangan.

Ayah telah membawa datuk berjumpa dengan doktor. Setelah pemeriksaan, datuk disyaki mengalami sindrom terowong karpal. Sindrom ini berpunca daripada perbuatan yang banyak menggunakan pergerakan di pergelangan tangan seperti menaip, memasak, menjahit dan memegang telefon. Seperti yang kita tahu, datuk seorang penulis. Tentunya, datuk mudah terdedah kepada sindrom ini ketika menaip penulisannya dalam komputer.

Doktor menasihati datuk supaya berehat daripada menulis. Pada setiap hari, datuk mesti merendam tangan di dalam air suam. Ketika tidur pula, datuk akan memastikan tangan beliau tidak terhimpit. Sekarang, datuk dalam keadaan stabil. Walaupun sakit, datuk masih boleh ketawa.

Akhir kata, doakan datuk semoga cepat sembuh dan kembali menulis. Sekian, terima kasih.

BAHASA MELAYU TAHUN 5

 

TEMA 2 UNIT 4- CUACA PANAS 

TATABAHASA- KATA KERJA AKTIF TRANSITIF

 

KATA KERJA AKTIF TRANSITIF

kata kerja yang menerima objek sebagai penyambut.

 

Kata kerja perlu diikuti dengan objek (kata/frasa nama)

 

Contoh:

1.    Kita perlu menjaga (kata kerja) kesihatan (Objek).

 

Soalan:

  • kita haruslah melindungi (kata kerja)  diri (Objek).
  • Kita juga perlu menghadkan (kata kerja)  aktiviti luar (Objek).
  • Kita juga harus mengelakkan diri daripada memakai (kata kerja)  pakaian yang tebal (Objek).
  • Kita disyorkan juga menggunakan (kata kerja)  kipas (Objek).
  • kipas atau penyaman udara untuk menyejukkan (kata kerja) badan (Objek).

BAHASA MELAYU TAHUN 5

  TEMA 2 UNIT 7 -  KELUAR DENGAN TENANGNYA TATABAHASA   KATA PEMERI ialah adalah hadir di...