TEMA 2 UNIT 4 - IMUNISASI
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Farisha |
: |
Salam sejahtera, kawan-kawan. Semalam, saya menemani
ibu membuat pemeriksaan kesihatan. Ketika di sana, saya menonton tayangan
dokumentari tentang imunisasi. |
Ain |
: |
Maaf, Farisha. Bolehkah kamu jelaskan maksud
imunisasi? |
Farisha |
: |
Imunisasi ialah satu proses
pembentukan imuniti menerusi pemberian vaksin bagi pembentukan antibodi bagi
meningkatkan daya ketahanan badan terhadap penyakit |
Ain |
: |
Mengapakah imunisasi penting kepada semua golongan,
Farisha? Bersetujukah kamu dengan pengambilan imunisasi? |
Farisha |
: |
Imunisasi penting kepada semua golongan
kerana ia dapat melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan
penyakit yang berbahaya seperti polio, hepatitis B dan batuk kering. Iya saya bersetuju dengan pengambilan
imunisasi kerana kos vaksin lebih murah daripada merawat jangkitan. |
Vivian |
: |
Farisha, bolehkah kamu jelaskan yang manakah pilihan
kamu, sama ada kamu akan mengambil imunisasi di hospital swasta atau
kerajaan? |
Farisha |
: |
Saya akan mengambil imunisasi di hospital kerajaan kerana imunisasi tersebut diberikan secara percuma. Atau Saya akan mengambil
imunisasi di hospital swasta kerana perkhidmatan di hospital swasta lebih
pantas berbanding hospital kerajaan walaupun dikenakan bayaran. |
No comments:
Post a Comment