Wednesday, 18 January 2023

BAHASA MELAYU TAHUN 5

 

TEMA 2 UNIT 6 - KESIHATAN MENTAL

KEMAHIRAN MENULIS


Aktiviti:

1. Mendraf sebuah penulisan berformat-Pidato


Format Pidato:

1.   Pendahuluan

-      Kata alu-aluan

-      Tajuk

 

2.   Kata Penghadapan

-      Di awal/ akhir pidato

Contoh:  Hadirin hadirat sekalian

              Murid-murid sekalian

              Warga dewan yang dihormati sekalian

3.   Maksud

-      Tajuk pidato (Menghuraikan tajuk pidato agar difahami penonton)

 

4.   3 atau 4 isi

-      Utama/ idea tersurat & isi sampingan

 

5.   Penutup

-      Harapan dan ucapan terima kasih


Draf pidato:


Tajuk Pidato “Jaga Kesihatan Mental, Sihatkan Minda Kita”

 

 

Pendahuluan – Kata alu-aluan dan tajuk pidato

 

Yang saya hormati tuan guru besar, guru-guru dan rakan-rakan. Tajuk pidato saya pada pagi ini ialah “Jaga Kesihatan Mental, Sihatkan Minda Kita”.

 

Isi

Penyataan

Draf

Maksud kesihatan mental

- mampu menyesuaikan diri

- persekitaran

- berfikiran positif

- kesihatan mental

- kemampuan menyesuaikan diri dengan persekitaran.

- Sentiasa berfikiran positif.

 

kepentingan menjaga kesihatan mental

kesihatan mental yang baik

 – hidup harmoni 

– menyumbangkan tenaga

 – menyertai aktiviti masyarakat

Kesihatan mental amat perlu dijaga. Kesihatan  mental yang baik akan menghasilkan kualiti hidup yang baik. Seseorang itu mampu mengekalkan kehidupan yang harmoni. Oleh itu, mereka akan dapat menyumbangkan tenaga untuk menyertai aktiviti masyarakat.

 

Sebab-sebab gangguan kesihatan mental

- masalah keluarga

- tekanan hidup

- masalah kewangan

Gangguan kesihatan mental boleh terjadi disebabkan beberapa faktor. Antaranya masalah keluarga, tekanan hidup dan masalah kewangan.

 

langkah-langkah menjaga kesihatan mental

- pemakanan seimbang dan sihat

- bersenam

- menerima cabaran dengan minda terbuka

Namun demikian, gangguan mental boleh diatasi dengan cara pemakanan seimbang dan sihat, bersenam serta menerima cabaran dengan minda terbuka.

 

Penutup - kesimpulan

kesihatan mental yang baik

– hidup cergas

– minda sihat

Kesimpulannya, kesihatan mental yang baik akan menghasilkan gaya hidup yang cergas dan minda  yang sihat.

 

 

No comments:

Post a Comment

BAHASA MELAYU TAHUN 5

  TEMA 2 UNIT 7 -  KELUAR DENGAN TENANGNYA TATABAHASA   KATA PEMERI ialah adalah hadir di...