Wednesday, 18 January 2023

BAHASA MELAYU TAHUN 5

 

TEMA 2 UNIT 6 - AMALKAN HIDUP SIHAT

SENI BAHASA

 

Aktiviti: 

Mengubah suai seni kata lagu dengan menggunakan diksi (perkataan) yang sesuai mempersembahkannya dengan gaya yang kreatif.

 

Perkara yang perlu dilakukan:

1.   Ubah suai

2.   Catat apa yang diubah

3.   Ubah seni kata lagu “Udara Bersih, Hidup Sihat” kepada “amalan hidup sihat”.

 

Udara Bersih, Hidup Sihat


Mari kawan marilah semua

Bersama-sama menjaga alam kita

 

Jaga alam jangan kita cemari

Supaya kita sentiasa kekal sihat

 

Udara bersih hidupku sihat

Hidup gembira tiada penyakit

Riang beriadah cergaskan badan

Hidupku sihat, aktif dan produktif

 

Mari kawan marilah semua

Bersama-sama menjaga alam kita

 

Pengajaran: Kita perlulah sentiasa menjaga alam sekitar supaya hidup kita bebas daripada penyakit.

 

Diksi yang perlu diubah:

1.   menjaga alam kita

2.   Jaga alam jangan kita cemari

3.   Supaya kita sentiasa

4.   Udara bersih

5.   tiada penyakit

6.   Riang beriadah

7.   Mari kawan marilah semua

8.   Bersama-sama menjaga alam kita



Amalan Hidup Sihat


Mari kawan marilah semua

Bersama-sama amalkan hidup sihat

 

 

jaga diri sentiasalah bersenam

minda dan badan kita kekal sihat

 

 

makanan seimbang hidupku sihat

Hidup gembira bebas sengsara

khasiat makanan cergaskan badan

Hidupku sihat, aktif dan produktif

 

 

__________Rangkap 4________

____________________________

 

 

Tugasan: Lengkapkan lirik lagu yang telah diubah diksi

No comments:

Post a Comment

BAHASA MELAYU TAHUN 5

  TEMA 2 UNIT 7 -  KELUAR DENGAN TENANGNYA TATABAHASA   KATA PEMERI ialah adalah hadir di...