Friday, 31 October 2025
TEKS PENGACARAAN MAJLIS
Sunday, 26 October 2025
LATIHAN - PENULISAN KARANGAN
Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan
1 Tuliskan cerita berdasarkan gambar di atas.
ATAU
2 Tuliskan catatan berdasarkan gambar di atas.
Cadangan Jawapan 1:
Pada hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga melawat ke zoo negara yang terletak diKuala Lumpur. Kami menaiki kereta bapa yang baru dibeli. Pada pukul 8 pagi, kami bertolakke zoo negara.
Sepanjang perjalanan, kami berbual-bual sambil menikmati pemandangan yang indah.Setiba di destinasi, bapa beratur untuk membeli tiket untuk kami. Suasana di zoo negarariuh-rendah seperti ikan dalam belat.
Kemudian, kami pun masuk ke dalam zoo. Kami berpeluang untuk melihat pelbagaihaiwan liar dan haiwan jinak. Sebagai contoh, arnab, singa, harimau dan sebagainya.Haiwan-haiwan dikurung di dalam sangkar.
Selepas itu, kami pun menyaksikan pertunjukkan lumba-lumba. Para penontonbertepuk tangan dan bersorak kerana pertunjukkan sangat menarik. Kami mengambilgambar untuk menjadi kenangan yang manis.
Pada pukul 12 tengah hari, kami menjamu selera di restoran yang terletak di dalamzoo negara. Kami menikmati makanan sambil berbual-bual dengan gembira. Selepasmakan, kami pun bersiar-siar di sekitar zoo negara.
Kami membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada datuk dan nenek. Pada pukul6 petang, kami pun pulang ke rumah. Saya berasa sangat gembira kerana dapat melihatbanyak haiwan. Saya berharap dapat mengunjung ke zoo negara pada masa yang akan datang.
Cadangan Jawapan 2:
Isnin, 03 Ogos 2020
8.00 pagi
Kami bertolak ke Zoo Negara dengan menaiki kereta bapa. Bapa memandu dengan berhati-hatinya untuk menjaga keselamatan kami sekeluarga.
8.30 pagi
Kami berbual-bual dengan mesranya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kami juga menikmati pemandangan yang indah nian.
10.30 pagi
Kami tiba di destinasi. Kami melihat banyak orang di sana seperti ikan dalam belat. Bapa terus ke kaunter untuk membeli tiket.
11.45 pagi
Kami pun dapat masuk ke dalam zoo. Kami melihat banyak binatang di sana seperti gajah, singa, harimau, ular, burung dan lain-lain lagi.
12.30 tengah hari
Kami menikmati makanan yang sedap dengan berseleranya kerana terlalu lapar. Selepas makan, kami berehat sekejap kerana terlalu penat sambil makan aiskrim yang lazat untuk menghilangkan dahaga kerana cuaca sungguh panas.
1.30 tengah hari
Kami mengambil gambar dengan telefon pintar yang canggih untuk dijadikan kenangan yang manis. Sebelum pulang, kami membeli cenderamata yang cantik dan unik untuk kawan-kawan.
2.00 petang
Kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Saya berharap agar dapat pergi ke sana lagi.
Tuesday, 14 October 2025
Matematik Tahun 4
Latihan Topikal Matematik Tahun 4
Nombor dan Operasi
Topik 1: Nombor Bulat dan Operasi Asas
Topik 2: Pecahan, Perpuluhan dan Peratus
Topik 3: Wang
Sukatan dan Geometri
Topik 4: Masa dan Waktu
Topik 5: Ukuran dan Sukatan
Latihan Mengukur Objek menggunakan unit milimeter (mm)
Topik 6: Ruang
Perkaitan dan Algebra
Topik 7: Koordinat, Nisbah dan Kadaran
Statistik dan Kebarangkalian
Topik 8: Pengurusan Data
Latihan mengukur menggunakan unit milimeter (mm)
Latihan Alat: 1. Pembaris 2. Pencil 3. Pemadam 4. Lembaran bercetak di bawah Latihan mengukur objek (unit mm)
-
TUGASAN: Merancang satu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut pedagogi yang sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini ber...
-
Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Maksud PPGB ialah salah satu daripada program yang menyokong pembangunan profesionalisme berterusan ...
-
Contoh-contoh skrip pengacaraan untuk program rasmi sekolah 1. Dialog prestasi Sesi perbincangan antara guru, pentadbir, dan kadangkala ibu ...