Sunday, 26 October 2025

LATIHAN - PENULISAN KARANGAN

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan



1 Tuliskan cerita berdasarkan gambar di atas.

ATAU

2 Tuliskan catatan berdasarkan gambar di atas.


Cadangan Jawapan 1:

Pada hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga melawat ke zoo negara yang terletak diKuala Lumpur. Kami menaiki kereta bapa yang baru dibeli. Pada pukul 8 pagi, kami bertolakke zoo negara.   

 

Sepanjang perjalanan, kami berbual-bual sambil menikmati pemandangan yang indah.Setiba di destinasi, bapa beratur untuk membeli tiket untuk kami. Suasana di zoo negarariuh-rendah seperti ikan dalam belat.      

 

Kemudian, kami pun masuk ke dalam zoo. Kami berpeluang untuk melihat pelbagaihaiwan   liar   dan   haiwan   jinak.   Sebagai   contoh,   arnab,   singa,   harimau   dan   sebagainya.Haiwan-haiwan dikurung di dalam sangkar.     

 

Selepas   itu,   kami   pun   menyaksikan   pertunjukkan   lumba-lumba.   Para   penontonbertepuk   tangan   dan   bersorak   kerana   pertunjukkan   sangat   menarik.   Kami   mengambilgambar untuk menjadi kenangan yang manis.      

 

Pada pukul 12 tengah hari, kami menjamu selera di restoran yang terletak di dalamzoo   negara.   Kami   menikmati   makanan   sambil   berbual-bual   dengan   gembira.   Selepasmakan, kami pun bersiar-siar di sekitar zoo negara.           

 

Kami membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada datuk dan nenek. Pada pukul6 petang, kami pun pulang ke rumah. Saya berasa sangat gembira kerana dapat melihatbanyak  haiwan.  Saya berharap  dapat  mengunjung  ke   zoo  negara  pada  masa yang  akan datang.


Cadangan Jawapan 2:


Isnin, 03 Ogos 2020

8.00 pagi

Kami bertolak ke Zoo Negara dengan menaiki kereta bapa. Bapa memandu dengan berhati-hatinya untuk menjaga keselamatan kami sekeluarga.

 

8.30 pagi

Kami berbual-bual dengan mesranya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kami juga menikmati pemandangan yang indah nian.

 

10.30 pagi

Kami tiba di destinasi. Kami melihat banyak orang di sana seperti ikan dalam belat. Bapa terus ke kaunter untuk membeli tiket.

 

 11.45 pagi

Kami pun dapat masuk ke dalam zoo. Kami melihat banyak binatang di sana seperti gajah, singa, harimau, ular, burung dan lain-lain lagi.

 

 12.30 tengah hari

Kami menikmati makanan yang sedap dengan berseleranya kerana terlalu lapar. Selepas makan, kami berehat sekejap kerana terlalu penat sambil makan aiskrim yang lazat untuk menghilangkan dahaga kerana cuaca sungguh panas.

 

 1.30 tengah hari

Kami mengambil gambar dengan telefon pintar yang canggih untuk dijadikan kenangan yang manis. Sebelum pulang, kami membeli cenderamata yang cantik dan unik untuk kawan-kawan.

 

2.00 petang

Kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Saya berharap agar dapat pergi ke sana lagi.



Latihan mengukur menggunakan unit milimeter (mm)

  Latihan Alat: 1. Pembaris  2. Pencil 3. Pemadam 4. Lembaran bercetak di bawah Latihan mengukur objek (unit mm)