Monday, 31 October 2022

MATEMATIK KEWANGAN

Pemilihan Projek Pelabuan

 

ISI KANDUNGAN

Laporan 2: Pemilihan Projek Pelaburan

Pengenalan

Penilaian Projek Pelaburan

Kesimpulan


LAPORAN 2: PEMILIHAN PROJEK PELABURAN


PENGENALAN

            En Ali menerima imbuhan graduiti sebanyak RM200,000 dan berhasrat untuk membuat pelaburan dalam bidang penternakan. Oleh itu, tugasan bahagian 2 dikehendaki untuk menulis laporan bagi menilai projek pelaburan di mana saya menawarkan dua jenis pelaburan penternakan kepada Encik Ali.

            Projek pelaburan A ialah projek penternakan ikan air tawar. Sumber Ikan Air Tawar Negara masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan pasaran tempatan. Oleh itu, pihak kami akan melaksanakan langkah proaktif kerajaan memesatkan kegiatan ekonomi penternakan ikan air tawar. Beberapa spesis ikan air tawar yang telah dikenalpasti dan terbukti keberkesanannya untuk projek ini adalah ikan keli dan talapia merah. Ini adalah kerana kedua-dua spesis ini telah diternak dengan jayanya secara komersial oleh segelintir usahawan dan kejayaannya amatlah memberangsangkan.

            Projek pelaburan B pula ialah projek pelaburan dalam industri ternakan puyuh. Puyuh Jaya Utara merupakan syarikat perkongsian kami yang akan didirikan di daerah Kuala Nerang, Alor Setar Kedah adalah seluas 6 ekar. Kami menyediakan perkhidmatan ternakan serta menjual daging puyuh yang telah diproses ke pasaran tempatan. Hasil utama penternakan ini adalah telur puyuh yang telah sedia ada pasaran tersendiri dan terhad. Pengeluaran daging untuk dimakan adalah dari hasil sampingan penternakan puyuh penelur ini. Puyuh jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran telur akan diproses dan dijual . Begitu juga puyuh-puyuh penelur yang tua akan diproses dan dijual sebagai daging puyuh. Bagi penternak khusus untuk pengeluaran daging puyuh didapati menggunakan puyuh jenis penelur. Walaupun demikian ada juga terdapat pemeliharaan dari jenis puyuh berbadan besar dari baka yang diimport.

            Bagi memilih projek pelaburan ini, kita mestilah mengambil kira kesan jangka panjang sesuatu pelaburan modal itu supaya tidak berlaku penyesalah suatu hari nanti. Oleh itu, pengiraannilai kini bersih (NPV) dan kadar pulangan dalaman (IRR) digunakan dalam pengiraan. Nilai kini bersih ialah nilai semasa bagi aliran masuk ditolak dengan kos pelaburan awal manakala IRR pula ialah kadar diskaun yang menyamakan nilai kini aliran tunai yang diterima pada masa hadapan dengan pelaburan permulaan projek.



PENILAIAN PROJEK PELABURAN


            Jadual di bawah menunjukkan aliran tunai ringkasan daripada projek A iaitu projek penternakan ikan air tawar (Lampiran 3-6) dan projek B iaitu projek penternakan puyuh (Lampiran 7-11). Aliran tunai dengan kos modal 10% bagi projek A dan Projek B ditunjukkan dalam jadual 5 di bawah.


Berdasarkan jadual 5 di atas, didapati bahawa Projek A membawa pulangan modal lebih awal daripada projek B. 

            Jadual 6 menunjukkan pengiraan bagi nilai kini bersih (NPV)  projek A dan NPV projek B dengan kos modal 10%. Didapati bahawa NPV A adalah lebih daripada 0 menunjukkan projek A menguntungkan. Oleh itu, projek A boleh dipilih kerana NPV menunjukkan nilai positif.

            Pengiraan NPV bagi projek B juga menunjukkan nilai positif iaitu lebih daripada 0. Projek B juga  boleh dipilih.

Walau bagaimanapun, projek A lebih berpotensi untuk dipilih kerana  lebih tinggi daripada  iaitu  ialah  manakala  ialah .

Oleh kerana NPV kedua-dua projek adalah positif dan lebih tinggi daripada 0, kaedah NPV bukanlah satu-satunya teknik penilaian yang harus di guna pakai dan teknik ini tidak dapat memberi keputusan yang mutlak. Oleh itu, IRR merupakan satu teknik penilaian yang penting untuk mengukur tahap keberuntungan sesuatu pelaburan. IRR adalah kadar diskaun yang menghasilkan nilai sifar kepada siri nilai kini aliran tunai. Ini bermaksud IRR ialah kadar pulangan yang menghasilkan jumlah nilai kini aliran tunai masa hadapan bersamaan dengan sifar yang menggambarkan nilai akhir sesuatu projek atau pelaburan bersamaan dengan harga pasaran semasa. IRR adalah penunjuk kepada tahap keberkesanan atau kualiti pulangan kepada sesuatu pelaburan.

            Pada 10% nilai kini projek A adalah , manakala nilai kini projek B pula ialah . Kos modal dinaikkan pada 20% dan nilai kini bersih bagi projek A dan B adalah seperti dalam jadual di bawah.


IRR projek A adalah  lebih tinggi iaitu  daripada kos modal sebanyak 10%. Oleh itu, projek A diterima. Manakala IRR bagi projek B pula ialah  iaitu juga lebih tinggi daripada kos modal iaitu 10%. Oleh itu projek B juga diterima. Tetapi oleh kerana IRR projek A adalah lebih tinggi daripada IRR projek B, maka projek A adalah lebih berpotensi untuk dipilih kerana lebih menguntungkan.

Berdasarkan kepada Nilai Kini Bersih (NPV ) dan Kadar Pulangan Dalaman (IRR) yang ditunjukkan selama 4 tahun bagi projek A dan projek B, projek A lebih menunjukkan ciri-ciri boleh berkembang maju dari segi jualan dan pelaburannya. Nilai NPV nya adalah positif dan lebih besar daripada NPV projek B, maka projek A ini perlu dilaksanakan kerana NPV bagi projek ini yang sangat besar dan positif.


KESIMPULAN

            Kesimpulannya ialah, projek yang dipilih merupakan projek A iaitu projek penternakan ikan air tawar. Hal ini adalah kerana projek penternakan ikan air tawar memberi nilai kini bersih (NPV) yang positif  besar iaitu  apabila kos  modal 10%. Apabila kos modal ditingkatkan dari 10% kepada 20% pula  nilai kini bersih (NPV) bagi projek  penternakan ikan air tawar  ialah . Nilai-nilai NPV yang positif dan besar membolehkan sesuatu projek itu diterima dan dipilih kerana menguntungkan. Manakala pengiraan bagi kadar pulangan dalaman (IRR) bagi projek penternakan ikan air tawar pula memperoleh . IRR yang tertinggi membolehkan sesuatu projek itu lebih menguntungkan.

k

No comments:

Post a Comment

BAHASA MELAYU TAHUN 5

  TEMA 2 UNIT 7 -  KELUAR DENGAN TENANGNYA TATABAHASA   KATA PEMERI ialah adalah hadir di...