Pemilihan Pinjaman
ISI KANDUNGAN
PengenalanLaporan 1: Pemilihan Pinjaman
Laporan 1: Pemilihan Pinjaman
PENDAHULUAN
Institusi
kewangan seperti bank-bank tempatan di negara kita begitu pesat membangun
ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Jika disenaraikan bank-bank yang terdapat
di Malaysia, sudah tentu jumlahnya akan mencecah dua angka dan berkemungkinan
boleh lebih daripada itu. Kewujudan bank-bank ini mempunyai objektif yang
tersendiri. Bukan hanya menyediakan pelaburan-pelaburan, akan tetapi institusi
perbankan ini juga turut menyediakan skim-skim yang bertujuan untuk membantu
masyarakat di Malaysia tanpa mengira kaum.
Skim pinjaman
merupakan salah satu skim yang begitu popular dan boleh dikatakan menjadi satu
perkhidmatan wajib bagi setiap perbankan. Skim pinjaman ini berbeza dengan skim
yang lain seperti skim pelaburan dan sebagainya. Di Malaysia, terdapat beberapa
skim pinjaman yang ditawarkan oleh pihak perbankan. Boleh dikatakan semua bank
yang berada di Malaysia ini ada menawarkan pilihan-pilihan dan pakej-pakej
pinjaman sama ada secara peribadi, perkongsian atau untuk mana-mana pertubuhan.
Ada juga skim-skim yang mempunyai pelan perlindungan insurans atau Takaful.
Hal ini dilakukan
oleh pihak bank untuk menarik lebih ramai lagi pihak-pihak yang memerlukan
untuk berurus niaga dengan mereka. Pinjaman melalui bank ini juga boleh
mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak kerana konsep pinjaman itu
sendiri adalah untuk membantu mereka yang memerlukan wang. Pinjaman melalui bank-bank
tempatan semestinya adalah jauh lebih selamat berbanding pinjaman-pinjaman yang
dilakukan dengan pihak-pihak yang tidak diiktiraf oleh mana-mana badan
kerajaan. Penipuan juga lebih senang berlaku apabila kita menjalankan urusniaga
dengan syarikat-syarikat pinjaman wang yang tidak dapat dikenalpasti tentang
kebenaran dan kesahihan urus niaganya. Pinjaman dengan pihak bank sepatutnya
menjadi pilihan yang lebih utama berbanding skim-skim pinjaman yang lain.
Oleh itu, berurus
niaga dengan pihak bank adalah lebih baik kerana lebih dipercayai dan tidak
merugikan. Walaupun pinjaman melalui bank boleh mendatangkan keuntungan kepada
kedua-dua belah, untuk membuat pinjaman kita sebagai pengguna semestinya
harus bijak dalam memilih bank yang
sesuai dengan pendapatan dan sara hidup kita.
Dalam tugasan 2
ini, seorang kerani di syarikat XYZ Sdn. Bhd. iaitu Puan Rohani yang ingin
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi mempunyai dua bank pilihan
untuk membuat pinjaman iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) atau Bank Agro
kerana beliau ingin membuat pinjaman peribadi bagi menampung segala kos
sepanjang pengajiannya yang dianggarkan menelan kos belanjan sebanyak RM102000.
Puan Rohani berpendapatan RM3000 sebulan dan menggunakan 40% daripada wang
gajinya untuk perbelanjaan setiap bulan, jadi saki baki wangnya setelah
penggunaanya sebanyak 40% ialah RM1800.
Dalam tugasan ini juga ditunjukkan pengiraan bagi faedah mudah, faedah kompaun dan kadar efektif yang dikenakan ke atas bank yang dipilih oleh Puan Rohani iaitu BSN dan Bank Agro.
Graf 1 menunjukkan perbezaan antara faedah kompaun dan faedah mudah. Berdasarkan graf 1 dapat kita lihat bahawa semakin lama tempoh yang diambil untuk membayar balik pinjaman semakin meningkat bayaran yang dikenakan. Pergerakan bagi garis graf faedah kompaun melengkung ke atas membuktikan hutang itu meningkat lebih pantas kerana kompaun membolehkan bank untuk mengenakan faedah ke atas keseluruhan jumlah dan ia juga menyebabkan caj faedah lebih banyak jika berlaku kelewatan pembayaran semula pinjaman dalam erti kata lain, ia menggunakan jumlah terkini sebagai nilai prinsip. Manakala garis bagi graf faedah mudah lurus ke atas menunjukkan faedah yang dikira hanya pada jumlah pokok dan tidak perlu membayar faedah yang berlebihan.
PEMILIHAN PINJAMAN ANTARA SKIM PINJAMAN PERIBADI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) ATAU SKIM PEMBIAYAAN AGROCASH-I (BAI’ AL-INAH) BANK AGRO
Berdasarkan jadual 3, semakin sedikit bilangan kompaun yang dikenakan, semakin sedikit jumlah yang perlu dibayar. Walau bagaimanapun, BSN dan Bank Agro mengenakan kadar faedah kompaun bulanan. Jika Bank mengenakan kadar faedah kompaun tahunan, Puan Rohani akan lebih untung kerana jumlah bayaran balik akan berkurangan. Oleh itu didapati cara bayaran mempengaruhi jumlah bayaran balik pinjaman.
KESIMPULAN
Sebelum
memohon untuk membuat pinjaman peribadi, kita perlulah menetapkan jumlah yang
perlu dipinjam. Puan Rohani memerlukan
Bagi
Bank Agro pula ada menewarkan pinjaman berjumlah
Seterusnya ialah, bagi
pinjaman yang sesuai diambil oleh Puan Rohani dan peminjam yang lain ialah
tidak memberi beban dan pembayaran balik tidak terlalu lama. Jika dirujuk jadual
pembayaran balik pinjaman peribadi (RUJUK LAMPIRAN 1 DAN 2), tempoh bayar balik
yang sesuai dengan Puan Rohani yang berpendapatan RM3000 sebulan dan
menggunakan
Skim
pinjaman peribadi BSN menawarkan pinjaman sebanyak
Skim
pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Agro pula sebanyak
Oleh itu, Puan Rohani
disarankan untuk membuat pinjaman daripada Bank Agro yang menawarkan pinjaman
sebanyak
Jadual 1 menunjukkan
pengiraan faedah mudah bagi kedua-dua bank. Faedah mudah ialah faedah yang mana
ianya dikira hanya pada jumlah pokok (principal). Didapati faedah mudah yang
dikenakan bagi BSN adalah lebih tinggi iaitu sebanyak
Jadual 2 menunjukkan pengiraan
faedah kompaun bulanan bagi BSN dan Bank Agro yang mana pinjaman dari BSN
sebanyak
Berdasarkan
jadual 2 juga, didapati faedah kompaun yang dikenakan bagi BSN adalah lebih
tinggi iaitu
Dalam skim pinjaman, Kadar faedah yang digunakan untuk pinjaman di sesetengah bank adalah berkemungkinan Kadar Faedah Efektif, misalnya BSN dan Bank Agro telah mengenakan kadar efektif di mana kadar faedah semasa adalah sama dengan kadar faedah yang digunakan untuk Deposit Tetap (Fixed Deposit/FD) dan Akaun Simpanan.
Kesimpulannya, Puan
Rohani lebih digalakkan untuj memilih Skim Pembiayaan Agrocash-I (Bai’ Al-Inah)
Bank Agro untuk membuat pinjaman peribadi bagi menampung segala kos sepanjang
pengajiannya kerana wang yang harus dibayar balik adalah lebih sedikit.
pinjaman peribadi
merupakan komitmen jangka masa panjang. Jika tidak digunakan dengan betul duit
yang diterima, kita akan merasai keperitan membayar kembali ansuran pinjaman.
Untuk tempoh yang mungkin lebih sepuluh tahun, kita tetap kena membayar
sejumlah wang, sedangkan duit yang kita perolehi daripada pinjaman tersebut
telah lama dihabiskan dan tidak pula dapat dilihat lagi kesannya.
Di Malaysia,
terdapat beberapa skim pinjaman yang ditawarkan oleh pihak perbankan. Oleh itu,
kita seharusnya memeriksa setiap bank untuk mengetahui pakej pinjaman peribadi
yang sesuai dengan keperluan kita. Kita juga seharusnya membuat keputusan yang
bijak dalam memilih bank yang sesuai dengan pendapatan dan sara hidup kita. Perancangan
pembayaran balik juga perlu dirancang sebelum meminjam. Oleh itu kita perlu
berhati-hati dan bijak membuat keputusan kerana pilihan di tangan kita.
No comments:
Post a Comment