Friday, 31 October 2025

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

Contoh-contoh skrip pengacaraan untuk program rasmi sekolah


Sesi perbincangan antara guru, pentadbir, dan kadangkala ibu bapa untuk menilai pencapaian murid serta merancang tindakan penambahbaikan akademik dan sahsiah.

Contoh teks pengacaraan majlis Dialog prestasi



Program melahirkan murid contoh yang berperanan menunjukkan tingkah laku terpuji, membantu membentuk budaya disiplin, dan menjadi model sahsiah kepada rakan lain.

Contoh teks pengacaraan majlis Duta Sahsiah



Program pengisian bulan Ramadan seperti tadarus, ceramah agama, amalan sedekah, dan aktiviti kerohanian bagi meningkatkan nilai rohani serta akhlak murid.

Contoh teks pengacaraan majlis Ihya'ramadha



Majlis meraikan murid yang berjaya menghabiskan bacaan al-Quran, disertai bacaan beramai-ramai dan doa selamat sebagai tanda kesyukuran dan galakan.

Contoh teks pengacaraan majlis Khatam Quran



Contoh teks pengacaraan majlis 



Upacara menutup bulan Bahasa, pengumuman pemenang pertandingan, serta penghargaan kepada murid yang aktif dalam aktiviti literasi.

Contoh teks pengacaraan majlis PERASMIAN Bulan Bahasa dan Lantikan SLB. 



Majlis meraikan kemuncak sambutan kemerdekaan dengan persembahan, pertandingan patriotik, dan penyampaian hadiah.

Contoh teks pengacaraan majlis Penutup bulan kemerdekaan



Majlis muhibah yang meraikan Aidilfitri dengan jamuan, persembahan, dan aktiviti yang mengeratkan hubungan guru serta murid.

Contoh teks pengacaraan majlis Sambutan hari raya



ajlis gabungan untuk meraikan dua sambutan penting dengan ucapan, persembahan, penghargaan untuk guru, dan jamuan.

Contoh teks pengacaraan majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Guru



Program kolaborasi bersama pegawai SIP+ yang membantu sekolah meningkatkan kualiti pengurusan, PdP, pencapaian akademik dan pembangunan profesional guru.

Contoh teks pengacaraan Program School Improvement Partner+

Sunday, 26 October 2025

LATIHAN - PENULISAN KARANGAN

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan



1 Tuliskan cerita berdasarkan gambar di atas.

ATAU

2 Tuliskan catatan berdasarkan gambar di atas.


Cadangan Jawapan 1:

Pada hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga melawat ke zoo negara yang terletak diKuala Lumpur. Kami menaiki kereta bapa yang baru dibeli. Pada pukul 8 pagi, kami bertolakke zoo negara.   

 

Sepanjang perjalanan, kami berbual-bual sambil menikmati pemandangan yang indah.Setiba di destinasi, bapa beratur untuk membeli tiket untuk kami. Suasana di zoo negarariuh-rendah seperti ikan dalam belat.      

 

Kemudian, kami pun masuk ke dalam zoo. Kami berpeluang untuk melihat pelbagaihaiwan   liar   dan   haiwan   jinak.   Sebagai   contoh,   arnab,   singa,   harimau   dan   sebagainya.Haiwan-haiwan dikurung di dalam sangkar.     

 

Selepas   itu,   kami   pun   menyaksikan   pertunjukkan   lumba-lumba.   Para   penontonbertepuk   tangan   dan   bersorak   kerana   pertunjukkan   sangat   menarik.   Kami   mengambilgambar untuk menjadi kenangan yang manis.      

 

Pada pukul 12 tengah hari, kami menjamu selera di restoran yang terletak di dalamzoo   negara.   Kami   menikmati   makanan   sambil   berbual-bual   dengan   gembira.   Selepasmakan, kami pun bersiar-siar di sekitar zoo negara.           

 

Kami membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada datuk dan nenek. Pada pukul6 petang, kami pun pulang ke rumah. Saya berasa sangat gembira kerana dapat melihatbanyak  haiwan.  Saya berharap  dapat  mengunjung  ke   zoo  negara  pada  masa yang  akan datang.


Cadangan Jawapan 2:


Isnin, 03 Ogos 2020

8.00 pagi

Kami bertolak ke Zoo Negara dengan menaiki kereta bapa. Bapa memandu dengan berhati-hatinya untuk menjaga keselamatan kami sekeluarga.

 

8.30 pagi

Kami berbual-bual dengan mesranya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kami juga menikmati pemandangan yang indah nian.

 

10.30 pagi

Kami tiba di destinasi. Kami melihat banyak orang di sana seperti ikan dalam belat. Bapa terus ke kaunter untuk membeli tiket.

 

 11.45 pagi

Kami pun dapat masuk ke dalam zoo. Kami melihat banyak binatang di sana seperti gajah, singa, harimau, ular, burung dan lain-lain lagi.

 

 12.30 tengah hari

Kami menikmati makanan yang sedap dengan berseleranya kerana terlalu lapar. Selepas makan, kami berehat sekejap kerana terlalu penat sambil makan aiskrim yang lazat untuk menghilangkan dahaga kerana cuaca sungguh panas.

 

 1.30 tengah hari

Kami mengambil gambar dengan telefon pintar yang canggih untuk dijadikan kenangan yang manis. Sebelum pulang, kami membeli cenderamata yang cantik dan unik untuk kawan-kawan.

 

2.00 petang

Kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Saya berharap agar dapat pergi ke sana lagi.



Tuesday, 14 October 2025

Thursday, 31 July 2025

LATIHAN 1–PENDAPAT BERDASARKAN SITUASI

PENDAPAT BERDASARKAN SITUASI


Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.

Ketika sedang menyapu kelas, kamu ternampak sekeping wang RM10 ringgit di bawah meja Iman, Pada masa itu, Iman tiada di dalam kelas kerana Iman ke tandas.

Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang akan anda lakukan?

Cadangan Jawapan 1: 

Saya akan mengambil wang itu dengan berhati-hati dan segera menyerahkannya kepada guru. Saya juga memaklumkan bahawa wang tersebut ditemui di bawah meja Iman supaya guru dapat menyiasat dan memulangkannya kepada pemilik sebenar.


Cadangan Jawapan 2: 

Saya akan tunggu Iman kembali ke kelas dan tanya sama ada wang itu miliknya sebelum membuat apa-apa keputusan. Jika Iman tidak pasti, minta ketua kelas atau pengawas membantu menguruskan penemuan wang tersebut.

Tuesday, 3 June 2025

LATIHAN 2–PENDAPAT BERDASARKAN SITUASI

 PENDAPAT BERDASARKAN SITUASI


Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. 

Anda adalah salah seorang wakil sekolah yang akan ke pertandingan Bola Baling. Ketika sedang menjalani latihan Bola Baling bersama rakan yang lain, anda mendapati dua orang rakan anda sedang bergaduh. 

Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang akan kamu lakukan?


Cadangan Jawapan 1:

Saya akan meleraikan pergaduhan dengan tenang, menasihati mereka supaya bertenang, dan meminta mereka berbincang secara baik agar latihan dapat diteruskan dengan semangat berpasukan.

Cadangan Jawapan 2:

Saya akan menenangkan kedua-dua rakan, meminta mereka berhenti bergaduh, berbincang dengan cara baik, dan memaklumkan kepada jurulatih supaya masalah dapat diselesaikan tanpa menjejaskan pasukan.

Tuesday, 15 April 2025

LATIHAN 3–PENDAPAT BERDASARKAN SITUASI

PENDAPAT BERDASARKAN SITUASI

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut. 

Sewaktu perjalanan pulang dari sekolah, anda melihat seorang mak cik duduk di tepi jalan dengan barang yang banyak. Keadaan mak cik tersebut sedang sesak nafas. 

Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang akan kamu lakukan?


Cadangan Jawapan 1:

Saya akan menghampiri mak cik itu, menawarkan bantuan, memberi air jika ada, dan segera menghubungi keluarga atau mendapatkan bantuan orang dewasa berhampiran supaya keselamatannya terjamin.


Cadangan Jawapan 2:

Saya akan menenangkan mak cik tersebut, membantu mengangkat barangnya, dan segera meminta bantuan orang dewasa atau menghubungi ambulans supaya keadaannya dapat dirawat dengan cepat dan selamat.

Wednesday, 18 January 2023

BAHASA MELAYU TAHUN 5

 

TEMA 2 UNIT 7 - KELUAR DENGAN TENANGNYA

TATABAHASA

 

KATA PEMERI

ialah

adalah

hadir di hadapan kata nama atau frasa nama

hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama

 

kata nama atau frasa nama

-          Kerusi

-          Ibu

-          Pemuda

-          Pinggan

-          Suami

-          Rumah

-          Wang

-          Kehidupan

-          Surat

-          Kiriman

-          Lawatan

 

 

 

 

 

 

Contoh:

1.       Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

2.       Rojak ialah makanan kegemaran saya.

3.       Ayah saya ialah guru

4.       Mata pelajaran yang diajar oleh guru itu ialah Bahasa Melayu

 

Frasa adjektif

-          Cantik

-          Bijak

-          Kecil

-          Kurus

-          Wangi

 

Frasa sendi nama

-          Di

-          Daripada

-          Oleh

-          Ke

-          Dari

-          Kepada

-          Untuk

-          Pada

 

 

Contoh:

1.       Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

2.       Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

3.       Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas.

4.       Bungkusan yang dihadiahkan pengetua itu adalah untuk pelajar cemerlang.

 

 

 

 

 

BAHASA MELAYU TAHUN 5

 

TEMA 2 UNIT 6 - AMALKAN HIDUP SIHAT

SENI BAHASA

 

Aktiviti: 

Mengubah suai seni kata lagu dengan menggunakan diksi (perkataan) yang sesuai mempersembahkannya dengan gaya yang kreatif.

 

Perkara yang perlu dilakukan:

1.   Ubah suai

2.   Catat apa yang diubah

3.   Ubah seni kata lagu “Udara Bersih, Hidup Sihat” kepada “amalan hidup sihat”.

 

Udara Bersih, Hidup Sihat


Mari kawan marilah semua

Bersama-sama menjaga alam kita

 

Jaga alam jangan kita cemari

Supaya kita sentiasa kekal sihat

 

Udara bersih hidupku sihat

Hidup gembira tiada penyakit

Riang beriadah cergaskan badan

Hidupku sihat, aktif dan produktif

 

Mari kawan marilah semua

Bersama-sama menjaga alam kita

 

Pengajaran: Kita perlulah sentiasa menjaga alam sekitar supaya hidup kita bebas daripada penyakit.

 

Diksi yang perlu diubah:

1.   menjaga alam kita

2.   Jaga alam jangan kita cemari

3.   Supaya kita sentiasa

4.   Udara bersih

5.   tiada penyakit

6.   Riang beriadah

7.   Mari kawan marilah semua

8.   Bersama-sama menjaga alam kita



Amalan Hidup Sihat


Mari kawan marilah semua

Bersama-sama amalkan hidup sihat

 

 

jaga diri sentiasalah bersenam

minda dan badan kita kekal sihat

 

 

makanan seimbang hidupku sihat

Hidup gembira bebas sengsara

khasiat makanan cergaskan badan

Hidupku sihat, aktif dan produktif

 

 

__________Rangkap 4________

____________________________

 

 

Tugasan: Lengkapkan lirik lagu yang telah diubah diksi

BAHASA MELAYU TAHUN 5

 

TEMA 2 UNIT 6 - KESIHATAN MENTAL

KEMAHIRAN MENULIS


Aktiviti:

1. Mendraf sebuah penulisan berformat-Pidato


Format Pidato:

1.   Pendahuluan

-      Kata alu-aluan

-      Tajuk

 

2.   Kata Penghadapan

-      Di awal/ akhir pidato

Contoh:  Hadirin hadirat sekalian

              Murid-murid sekalian

              Warga dewan yang dihormati sekalian

3.   Maksud

-      Tajuk pidato (Menghuraikan tajuk pidato agar difahami penonton)

 

4.   3 atau 4 isi

-      Utama/ idea tersurat & isi sampingan

 

5.   Penutup

-      Harapan dan ucapan terima kasih


Draf pidato:


Tajuk Pidato “Jaga Kesihatan Mental, Sihatkan Minda Kita”

 

 

Pendahuluan – Kata alu-aluan dan tajuk pidato

 

Yang saya hormati tuan guru besar, guru-guru dan rakan-rakan. Tajuk pidato saya pada pagi ini ialah “Jaga Kesihatan Mental, Sihatkan Minda Kita”.

 

Isi

Penyataan

Draf

Maksud kesihatan mental

- mampu menyesuaikan diri

- persekitaran

- berfikiran positif

- kesihatan mental

- kemampuan menyesuaikan diri dengan persekitaran.

- Sentiasa berfikiran positif.

 

kepentingan menjaga kesihatan mental

kesihatan mental yang baik

 – hidup harmoni 

– menyumbangkan tenaga

 – menyertai aktiviti masyarakat

Kesihatan mental amat perlu dijaga. Kesihatan  mental yang baik akan menghasilkan kualiti hidup yang baik. Seseorang itu mampu mengekalkan kehidupan yang harmoni. Oleh itu, mereka akan dapat menyumbangkan tenaga untuk menyertai aktiviti masyarakat.

 

Sebab-sebab gangguan kesihatan mental

- masalah keluarga

- tekanan hidup

- masalah kewangan

Gangguan kesihatan mental boleh terjadi disebabkan beberapa faktor. Antaranya masalah keluarga, tekanan hidup dan masalah kewangan.

 

langkah-langkah menjaga kesihatan mental

- pemakanan seimbang dan sihat

- bersenam

- menerima cabaran dengan minda terbuka

Namun demikian, gangguan mental boleh diatasi dengan cara pemakanan seimbang dan sihat, bersenam serta menerima cabaran dengan minda terbuka.

 

Penutup - kesimpulan

kesihatan mental yang baik

– hidup cergas

– minda sihat

Kesimpulannya, kesihatan mental yang baik akan menghasilkan gaya hidup yang cergas dan minda  yang sihat.

 

 

Latihan mengukur menggunakan unit milimeter (mm)

  Latihan Alat: 1. Pembaris  2. Pencil 3. Pemadam 4. Lembaran bercetak di bawah Latihan mengukur objek (unit mm)